Md Zulaimi Kazin

Ramai sudah membanjiri Kota raya Kuala Lumpur. Penyokong The Red Warriors disambut dengan baner Kopi Janda.
Md Zulaimi Kazin
Saya adalah janda.

Saya tak rasa nama kopi janda tu sesuatu yang memalukan sampai perlu ditukar kpd nama yg lebih komersil.

Nak mengubah sesuatu yg telah jadi tradisi bukannya mudah.Dulu bila sebut je janda,org bayangkan yg negatif.Sebab tu bila wujudnya kopi janda,mcm2 persepsi timbul.Sedangkan rasa kopinya sama seperti kopi2 lain yang tak punya nama dramatik.

Mulanya mmg saya pun terfikir kenapa guna nama janda pada produk tapi bila baca penerangan tuan empunya syarikat,saya bersetuju pandangan beliau.syabas,sebab mengubah persepsi org lain.mungkin selepas ni bila kita dengar perkataan janda,ia sama je dgn wanita,ibu,perempuan dan apa jua yang menggambarkan tentang seorang perempuan..bukannya melabelkan dgn tanggapan yg negatif.

Sekarang ni yg berstatus isteri org pun lebih dashyat..berzina dgn lelaki lain.Kenapa perlu jijik dgn perkataan janda.Saya adalah janda yang bekerjaya,tidak meminta2 sedekah utk survive,tidak perlu berzina utk puaskan nafsu.Saya lebih rela mati dari berzina.Adakah saya dipandang keji sebab memegang status janda?Tidak,kan.Jadi kenapa mesti perkataan janda itu tidak boleh dikomersilkan?

Jadi,saya berpendapat nama kopi janda itu tidak perlu ditukar.Perkataan janda bukan sesuatu yg menjijikkan.Niat empunya produk adalah untuk membantu janda2 yang memerlukan.Itu kan lebih baik dari mencipta produk dgn nama yg komersil dan bombastic tapi tidak mendatangkan faedah kpd org lain..baca betul2 penerangan dari saudara Md Zulaimi.Moga usaha beliau diberkati Allah.Jazakallah..

From; Aziah.mdnor@yahoo.com.my


mgm x setuju sgt2. gambaran iklan itu sendiri mengambarkan yg janda buruk...

kata x mengoda.. tapi tgk balik iklan kopi saudara tu.. sya sbagai sorg janda pun merasa malu utk mendegar betapa gediknya cara suara perempuan dlm iklan saudara tu dan anak saya pun turut terasa tempias memalukan itu...

kalau betul nak membela janda hentikan lah iklan saudara tu.. JANGAN pergunakan perkataan "JANDA" itu utk kepentingan saudara sendiri.

From; Sharina Hj Sarip Cyberjaya Selangor

Bro ... bila kopi duda nak keluar...dok tunggu ni...

From; Aiman Arief

salam...jika niat sedara untuk membantu janda...saya rasa sedara jgn saja pandai berkata2 dlm blog nie tp buktikan....ambik pekerja dr kalangan ibu tunggal dan byr gaji mereka ngan lumayan...jgn ambik untung byk sgt utk diri sedara tp sebaliknya keuntungan dibahagi mengikut share saham...bagi share saham percuma kepada janda2 yang susah dan bekerja ngan anda..jgn pandai menggunakn agama atau kisah zaman islam dulu sbg alat utk membuktikan sesuatu yang rapuh...kalu nak buat iklan kenapa mesti ada suara gedik?..kenapa tak kuarkan satu iklan yg menunjukkan seorg ibu tunggal bekerja keras dan slps minum kopi anda ibu tunggal tersebut lebih bersemangat utk bekerja...adalah tidak baik memperolok-olokkan janda...pikirkan nasib adik beradik ppuan anda..sedara terdekat anda jugak..adakah mereka akan selamat dr gelaran janda..dan jika selamat bagaimana dgn generasi anda akan dtg...mereka tak minta diceraikan..mereka jugak ingin bahagia berkeluarga seperti org lain...tp dah jodoh ketentuan ILAHI...jgn suka n bahagia memandang keperitan orang lain n memperolok-olokan gelaran mereka...

sebaliknya anda semua patut kesian dengan nasib mereka yg bekerja keras seorg diri utk membesarkan anak2 mereka dan bukannya memperolok-olokan mereka...

From; Sarip Sharina

Salaam.
Saya terpanggil untuk bcakap tentang iklan Kopi Janda yg lebih cenderung kpd negatif thinking. Bg pihak pengeluar pasti ianya positif. memberi laba yg tinggi krn ramai kaum lelaki tertarik utk membelinya.

Saudara, usahkan saya yg berstatus ibu tunggal merasa tersentuh dn tersentak mendengar iklan terswebut, bahkan ANAK BUJANG saya yg baru berusia 21 tahun yg terdengar iklan ini merasa BENGANG dgn pkataan KOPI JANDA yg saudara gunapakai pd iklan tersebut. Kata anak lelaki saya, takde perkataan lain ke nak guna selain the JANDA word? Saudara tanya lah pd mak saudara ke atau wanita2 yg dah jd janda yg related dgn saudara adakah mereka tersebyum bangga atau berkecil hati. Lu fikir lah sendiri. Jgn nak attract the buyers amongst men saudara guna tagline yg lebih mirip kpd negatif utk kaum wanita. Banyak cara saudara nak bela wanita bukan cara berniaga tp dan buat golongan ibu tunggal dan janda berkecil hati.

Oleh; Honey Dahlia

salam....

dari pendapat ambe la perkataan janda tidak menjadi masalah untuk dijadikan produk, cuma cara pengiklanan jangan la pula menggambarkan janda yg menggoda atau memburuk2kan "janda"..... perkataan janda tu tak la buruk sangat.... dan tak sume orang berpandangan buruk pada janda....
dalam bidang landskap pun ada pokok bernama janda dalam istilah bahasa melayu seperti mussaenda - janda kaya dan juga salix babylonica - janda merana.... bagi ambe tak yah lah ambil hati sangat..... tak salah berstatus janda.... bukan kita harapkan status itu dah ketentuan ilahi jodoh tak panjang, cuma bagi pengiklan kopi janda tu jangan terlalu sinis....

maafkan ambe jika tersalah kata....

From; Wan MF

Emmm...pelbagai nama yang diberikan pada jenama produk...
Iklan yang di paparkan ada yang seperti merogol maruah hak asasi
orang lain, semata-mata untuk menarik perhatian dan melariskan.
Kopi janda....
Kopi jantan...
Kopi betina???....
Kopi duda???...
Nanti ada pula Kopi ku tunggu jandamu...adesss!!!
Oppsss...sorry jangan marah arrr....
sekadar sembang pagi....

From; Sania Opal

kenapa sensitif sangat dengan JANDA. Ia tak kena mengena dengan mika maupun anak mika itu. Jangan mudah tersinggung. Ia hanya promo kopi, bukannya promo diri atau anak mika. Peduli kan.

From; Hamden Al-Sitiawani

Salam

Macam ni lah janda perlukan makan. Anak-anak yatim perlukan makan.

Banyak anak-anak yatim minta sedekah kat bank-bank, kat RFC kat pasaraya. bila keluar TV banyak Prof,Dr , alim ulama, pemimpin masyarakat, pemimpin politik cakap pandai........................tapi cakap saja sapa pun boleh tapi bantuan tak keluar juga. Saban tahun makin banyak anak yatim minta sedekah.

Cakap pandai adalah tradisi orang Melayu.

Ada anak-anak cina minta sedekah?

Bukan senang nak berniaga sedangkan nak minta sedekah kat orang melayu muslim pun kena ada 'halwa' paling kurang tisu, ada yang bagi paket kopi DXN sebagai 'saguhati' untuk bersedekah.

Anak-anak yatim kena bagi kalendar, kismis jampi atau ubat kuat supaya melayu muslim ini bersedekah untuk anak-anak yatim.

Ada yang bising kata kita ada jabatan kebajikan masyarakat ( ada ka???) Ada yang minta surat itu ini...

Tapi janda dan anak yatim kena makan, pagi kena makan, tengahari dah lapar kena makan lagi, malam kena makan, kalau tak boleh tidur tengah malam kena makan lagi.

Kalau ada orang beri peluang bekerja dan berniaga apa salahnya?

Sebab sejahat-jahat orang ini anak-anak yatim dan janda boleh makan lagi -yang mereka tak boleh makan ialah kritikan dan komentar cerdik pandai melayu, ulama melayu, ahli politik melayu dan lebihan makan pagi staf kebajikan masyarakat yang hampir semuanya melayu!

Syabas kopi janda! Apa kat mulakan tabung untuk anak-anak yatim melayu pula?

From Fadziltokwi

Salam,

Tabik hormat 3 minit untuk orang ini.

Azrol hj Alwi

Dear All,
Saya nak mencelah sikit boleh yee...Tentang Kopi Janda bagi saya anggaplah itu jenama untuk melakukan kopi nya saja. jangan lah fikir yg bukan bukan and kepada janda janda yg diluar sana jangan fikir kan sangat tentang kopi tu lagi pun banyak kerja lain yg perlu kita buat ini kecik punya hal. Inilah Orang Melayu macam mana nak maju sikit sikit dah kecoh
saya suka janda .....


MOHD NAZMI BIN MOHD NOR

Salam,

Yg ni aku setuju
Org Melayu suka sgt mempebesarkan pekara2 yg remeh temeh
Bukan nak lihat dlm konteks yg lebih luas
Be profesional la...KOPI JANDA just a brand
Macam saya pun keluarkan KOPI GALAK
Bukan nak meggalak cuma nak menega je...pinjam sikit ayat toke kopi JANDA
Ada bermacam2 brand..KOPI PATAH KATIL pun ada.....
Itu semuanya hanya sekadar nama je, branding
Kenapa kita tak lihat dlm konteks yg berlainan
Byk JANDA2 yg diluar sana perlukan pembelaan
So far sepanjang kami begerak under NGO Warga Kilang.com, golongan yg byk susah adalah IBU TUNGGAL dan IBU TINGGAL, so better thinks benda yg besar2 mudaratnya rather than think benda remneh temeh

Sekadar 2 sen opinion
Shukri
EES HERBS
019-5407859

Erm..betul tu ..
Agreeable sangat2
Jangan ler set mind dgn yg negative jer…byk lagi +ve side kita leh pikir..
Fikir fikirkan lah!!!

From Liz Ariffin
Md Zulaimi Kazin
Kopi JANDA akan memberi Hadiah Sebanyak RM5,000 seorang kepada wakil rakyat Kelantan yang kahwin dengan Janda.

Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.

Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia semalam adalah tidak tepat. Anugerah yang dicadangakan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami suapaya memilih janda. Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mwujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial. Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang Wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini? Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.

Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).
Md Zulaimi Kazin
Nasib Janda. Itulah ungkapan apabila tersiarnya berita betapa marahnya Datuk Azizah Mohd Don apabila saya meletakkan nama produk keluaran syarikat saya dengan nama Kopi Janda. Apa cerita yang dia begitu melenting dan marah sehingga minta supaya pakar bahasa mengkaji samada boleh kah tidak perkataan janda dijadikan jenama produk.

Pemimpin selalu sebut perlu berfikiran terbuka dalam menghadapi globalisasi. Selaku pemimpin Wanita UMNO yang bertaraf menteri di Sabah, masih lagi berfikiran primitif dan tidak berfikiran terbuka. Persoalanya sekarang apakah perkataan "Janda" itu menghina dan mengguris hati si isteri yang kematian atau ditinggalkan suami? Kalau itulah maksudnya, bagaimana pula dengan buku-buku agama samada yang digunakan di sekolah atau kitab bacaan umum meletakkan status Sayiditina Khadijah RA sebagai janda, apakah itu menghina isteri Baginda? Mengapa perlu seorang pemimpin Wanita UMNO yang menguasai pemerintahan negara masih sibuk dengan persoalan nama "Kopi Janda" daripada memikirkan keadaan anak-anak janda yang terbiar ketika ibu mereka terpaksa keluar bekerja untuk menampung nafkah seharian keluarga. Pernahkah mereka membuat kajian terperinci melalui guru-guru kaunseling tentang keadaan anak-anak janda di sekolah-sekolah yang rata-rata tanpa pemantauan mana-mana pihak semasa di rumah dan inilah sebenarnya delema seorang janda. Mereka terpaksa memilih untuk keluar bekerja bagi memastikan anak tidak kebuluran walaupun natijahnya anak terbiar di rumah antara selepas waktu persekolahan dan waktu ibu pulang dari kerja. Persoalan ini timbul kepada janda yang berpendapatan rendah sebab mereka yang berpendapatan tinggi boleh mengatur anak-anak mereka ke pusat jagaan sementara. Persoalan ini bukan perkara remeh sebab sedikit sebanyak kalau tidak ditangani akan menyumbang kepada masalah sosial dan nasib janda ini bertimpa-timpa. Sekali lagi saya nak tanya, pernahkah Datuk Azizah dan Wanita UMNO yang mendukungi kerajaan dari merdeka lagi memikirkan jalan keluar kepada nasib janda?

Walau apapun serangan yang dibuat oleh Datuk Azizah malah wanita UMNO, saya tetap mempertahankan nama produk saya "Kopi Janda". Pertama; nama "Kopi Janda" melambangkan ketabahan dan kecekalan seorang wanita yang mengemudi keluarga secara bersendirian. Dia cekal menampung keperluan, Dia cekal menghadapi fitnah dan mehnah dan Dia tabah menghadapi kesengsaraan. Kedua; Janda ada disekeliling kita semua dan saya sendiri mempunyai kakak dan ibu mertua berstatus janda dan kalau saya meninggal dunia, isteri saya akan jadi janda. Tiada sebab saya untuk menghina janda. Ketiga; Islam memuliakan janda dan isteri Rasulullah sendiri hanya Sayiditina Aisyah RA sahaja anak dara yang lainya semua Janda. Dengan berkembangnya jenama "Kopi Janda" ini akan membuka fikiran mereka yang sentiasa memandang negatif terhadap janda.

Janda Produk Marketing (JPM) ada pelan jangka panjang untuk membantu janda. Dalam pelan yang dipanggil "Social Entrepreneurship Plan", kami akan melahirkan seramai mungkin usahawan dikalangan janda untuk mewujudkan "home industry" dengan ini janda tidak perlu keluar rumah untuk bekerja tetapi mereka boleh menghasilkan produk khususnya makanan di rumah dengan dibantu oleh anak-anak dan JPM akan pasarkan melalui rangkaian pemasaran "Kopi Janda". JPM bersedia bekerjasama dengan program-program kerajaan yang sedia ada dan mana-mana NGO yang sedang berusaha untuk membantu janda dengan menyediakan rangkaian pemasaran "Kopi Janda" untuk memasarkan produk. rangkaian pemasaran "Kopi Janda" yang digerakkan oleh stokis dan pengedar-pengedar JPM adalah kedai-kedai kopi dan kedai-kedai runcit. dalam tempuh 8 bulan pertama ini, JPM baru menguasai 40% rangkaian dan dijangka akan menguasai 70% ke 80% pasaran dalam tempuh setahun lagi atau mungkin lebih awal dari jangkaan berpandukan kepada kelajuan pasaran sekarang.

Sebaik sahaja JPM mencapai 70% pasaran, JPM akan memulakan produk-produk makanan lain yang diusahakan oleh janda. Kita kena banyak belajar dari bangsa lain bagaimana syarikat yang telah "establish" rangkaian pemasaranya akan membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan produk dan mereka yang akan pasarkan. Surirumah dapat menjadi usahawan pengeluaran hanya di rumah. Di Kelantan, pengusaha-pengusaha serunding hanya dirumah-rumah dan mendapat pulangan pendapatan yang lumayan. JPM (Janda Product Marketing) berharap suatu masa nanti akan menjadi nadi kepada perkembangan ekonomi ummah khususnya janda-janda dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat dan mengganas.

Saya ingin menghulurkan tangan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan dan NGO yang membela nasib janda. JPM, KOPI JANDA; Bukan Nak Menggoda, Cuma nak Berniaga.
Md Zulaimi Kazin
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Nama Kopi Janda bukan bertujuan menghina maruah wanita tetapi sebagai satu pengiktirafan terhadap kehebatan dan kecekalan golongan tersebut mengharungi kehidupan. Pengurus Besar Janda Produk Marketing, Md. Zulaimi Kazin menegaskan, mengabadikan nama 'janda' pada jenama produk kopi keluaran syarikatnya itu sebenarnya sebagai satu cara mengangkat imej golongan tersebut supaya tidak terus dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.
Katanya, ilham nama Kopi Janda tersebut diperoleh semasa mengadakan lampias minda bersama empat lagi rakan jurutera perunding beliau di Jitra, Kedah pada 2007.
Jelas beliau, nama Kopi Janda sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia sejak 23 Februari 2007 dan boleh digunakan sehingga 23 Februari 2017.
Menurutnya, perniagaan produk itu juga sudah diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat di bawah nama Janda Produk Marketing Disember tahun lalu.
''Bagi kami janda adalah simbol ketabahan, kecekalan, ketabahan dan kekuatan. Adalah tidak adil imej janda dilihat daripada sudut negatif semata-mata, sedangkan kebanyakan mereka sangat tabah menjaga keluarga.
''Oleh itu, tidak ada sebab untuk kami menarik nama 'Kopi Janda', sebaliknya akan tetap mempertahankan jenama kopi tersebut walaupun ada yang mempertikaikan,'' kata bekas jurutera perunding itu ketika mengunjungi ibu pejabat akhbar Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas teguran Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun semalam yang meminta nama Kopi Janda pada produk kopi tersebut dihentikan kerana ia tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini.
Menurut beliau, penggunaan nama itu jelas sekali tidak menjaga sensiviti kaum wanita.
Ujarnya, konotasi negatif seperti Kopi Janda sangat tidak baik terhadap kaum wanita yang telah bercerai.
Penggunaan nama itu, menurut Azizah, seolah-olah rakyat Malaysia ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan perkataan yang boleh menyinggung sesetengah pihak.
Mengulas lanjut, Md. Zulaimi berkata, sesuai dengan motto Kopi Janda Bukan Nak Menggoda Cuma Nak Berniaga, syarikatnya telah membuka peluang kepada usahawan wanita terutama golongan ibu tunggal menjadi agen menjual produk tersebut.
Katanya, beliau sedia memberi penjelasan kepada mereka yang mempertikaikan penggunaan nama tersebut supaya tidak disalahtafsirkan.
''Sebelum ini, memang ada wakil persatuan ibu tunggal mempertikaikan nama Kopi Janda, tetapi kami telah membuat penjelasan. Akhirnya mereka juga boleh menerima dan memahaminya,'' katanya.
Menurut beliau, Kopi Janda yang dipasarkan sejak Disember lalu mendapat sambutan daripada pengguna pelbagai lapisan masyarakat.
''Setiap bulan 10 tan metrik Kopi Janda berjaya dijual di pasaran oleh 13 stokis kami di seluruh negara,'' katanya.
Katanya lagi, Kopi Janda akan memasuki pasaran di Indonesia pada tahun depan bersama dengan beberapa lagi produk keluaran syarikatnya.
Md Zulaimi Kazin
Assalamualaikum. Saya Md Zulaimi Bin Kazin. Salam Pengenalan :)